Peluang Kerjaya Sebagai Polis Bantuan Bank Negara Malaysia
Kuala Lumpur, Malaysia2w ago
Key details
- Location
- Kuala Lumpur, Malaysia
- Work style
- Onsite
- Job type
- Full-time
- Function
- other
- Focus area
- other
- Posted
- 2w ago
About the role
ETIKA PEMAKAIAN DAN DOKUMEN
Calon yang menghadiri sesi temu duga hendaklah mematuhi etika pemakaian yang ditetapkan serta membawa dokumen-dokumen berikut untuk tujuan semakan dan pengesahan.
Etika Pemakaian
- Ujian Kecergasan Fizikal: Pakaian sukan yang sesuai dan kasut sukan.
- Sesi Temu Duga: Pakaian formal dan kemas.
Dokumen-Dokumen Yang Perlu Dibawa
- Resume/Curriculum Vitae (CV) terkini.
- Sijil akademik dan transkrip yang berkaitan (SPM/STPM/Diploma atau kelayakan setara), termasuk:
- Dokumen asal; dan
- Satu (1) salinan bagi setiap dokumen.
- Satu (1) keping gambar berukuran pasport yang terkini.
- Kad Pengenalan Malaysia (MyKad), termasuk:
- Dokumen asal; dan
- Satu (1) salinan bahagian hadapan dan belakang.
- Penyata gaji bagi tiga (3) bulan terkini (jika berkaitan).
- Surat kebenaran bertulis daripada majikan bagi anggota Polis Bantuan yang sedang berkhidmat.
Nota:
- Kegagalan mengemukakan dokumen yang diperlukan boleh menjejaskan proses penilaian dan temu duga.
- Bank Negara Malaysia berhak untuk meminta dokumen tambahan sekiranya diperlukan bagi tujuan pengesahan maklumat calon.
Hanya calon yang memenuhi kriteria yang dinyatakan di bawah akan disenarai pendek untuk menjalani proses penilaian dan layak ke peringkat seterusnya.
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia.
- Berumur antara 18 hingga 28 tahun pada tarikh temu duga dijalankan.
- Berkebolehan menulis dan berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
- Pengalaman dalam bidang keselamatan merupakan satu kelebihan.
- Calon yang pernah berkhidmat sebagai Polis Bantuan hendaklah membawa salinan surat pelepasan daripada majikan semasa menghadiri sesi temu duga.
- Berdisiplin serta mampu bekerja secara berpasukan di bawah pengawasan minimum.
- Bebas daripada rekod jenayah serta tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
- Sihat dari segi mental dan fizikal serta tiada kecacatan fizikal.
- Bersedia untuk bekerja mengikut syif, termasuk pada hujung minggu dan cuti umum.
- Sekiranya terpilih, calon tertakluk kepada pertukaran antara cawangan atau premis Bank Negara Malaysia di seluruh Malaysia berdasarkan keperluan organisasi dari semasa ke semasa.
- Penempatan dan pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan serta keperluan Bank.
Kelayakan Akademik
- Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Memperoleh kepujian (Kredit) dalam lima (5) mata pelajaran, termasuk Bahasa Melayu.
- Lulus Bahasa Inggeris.
- Lulus Sejarah.
Kelayakan Fizikal
Lelaki
- Ketinggian minimum (tanpa kasut): 164 cm
- Berat badan minimum: 51 kg
- Ukuran dada: sekurang-kurangnya 81 cm (biasa) dan 86 cm (semasa menarik nafas)
Wanita
- Ketinggian minimum (tanpa kasut): 160 cm
- Berat badan minimum: 48 kg
Keperluan Tambahan
- Indeks Jisim Badan (BMI): 19 hingga 26
- Lulus ujian penglihatan bagi kedua-dua mata secara berasingan dengan ketepatan V/6/9, tanpa bantuan cermin mata atau kanta lekap.
- Tidak rabun warna
Proses Pemilihan
Calon perlu melalui dan lulus peringkat berikut:
- Ujian Kecergasan Fizikal
- Ujian Bertulis
- Temu Duga
Hanya calon yang lulus Ujian Kecergasan Fizikal dan Ujian Bertulis akan dipanggil untuk sesi temu duga.
Faedah dan Kemudahan
- Pakej gaji, elaun dan faedah yang kompetitif.
- Kemudahan rawatan perubatan untuk pekerja dan tanggungan yang layak, serta perlindungan insurans nyawa dan kemalangan.
- Persekitaran kerja yang menyokong kesejahteraan warga kerja, termasuk kemudahan seperti gimnasium, rumah peranginan dan pusat jagaan kanak-kanak (tertakluk kepada syarat yang berkuat kuasa).
- Latihan profesional dan program pembangunan kompetensi yang berstruktur untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan profesionalisme.
- Peluang pembangunan kerjaya dan kenaikan pangkat berdasarkan prestasi dan keperluan organisasi.
- Peluang melanjutkan pelajaran dan pembelajaran berterusan bagi menyokong pembangunan kerjaya jangka panjang.
- Kemudahan pinjaman perumahan dan kenderaan tertakluk kepada syarat yang berkuat kuasa.
- Peluang penempatan di premis-premis Bank Negara Malaysia di seluruh negara, bagi memperoleh pendedahan dan pengalaman kerja yang lebih luas.
- Kestabilan kerjaya serta prospek pembangunan jangka panjang bersama Bank Negara Malaysia, sebuah institusi penting negara yang dipercayai.
- Pakaian seragam disediakan.
Nota: Faedah dan kemudahan yang dinyatakan adalah tertakluk kepada polisi, syarat kelayakan serta sebarang pindaan yang ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa.
Bank Negara Malaysia (the Central Bank of Malaysia), is a statutory body which started operations on 26 January 1959. Bank Negara Malaysia is governed by the Central Bank of Malaysia Act 2009. The role of Bank Negara Malaysia is to promote monetary and financial stability. This is aimed at providing a conducive environment for the sustainable growth of the Malaysian economy.
Bank Negara Malaysia’s monetary policy stance is to maintain price stability while remaining supportive of growth. Bank Negara Malaysia is also responsible for financial system stability. This is achieved by developing a sound, resilient, progressive and diversified financial sector which serves to support the sectors of the real economy. It also plays an important function in implementing initiatives to deepen and strengthen the financial markets, including the foreign exchange market.
Bank Negara Malaysia has played a significant developmental role in developing the financial system infrastructure in advancing the financial inclusion agenda. This is to ensure all economic sectors and segments of the society have access to financial services. In addition, Bank Negara Malaysia also oversees the nation’s payment systems infrastructure which emphasize on the efficiency and security of the financial systems.
As the banker and adviser to the Government, Bank Negara Malaysia provides advice on macroeconomic policies and the management of public debt. Bank Negara Malaysia is also the sole authority in issuing the national currency and in managing the country's international reserves.
How well do you match this job?
Free account needed to apply or save. It takes a minute, and we'll bring you right back to this job.